Ciri menakjubkan yang membuatkan belajar
dan mengajar kod menjadi mudah & seronok

Thimble adalah editor kod berciri-penuh yang dilaksanakan terus dalam pelayar. Direka untuk membantu pengatur cara baru mencipta laman web mereka sendiri dan projek berasaskan web menggunakanHTML, CSS & JavaScript. Semua yang diperlukan ada di hujung jari anda, yang membolehkan anda (atau pelajar kelas anda) untuk mencipta dan menerbitkannya secepat yang mungkin.

Editor kod, pelayan web, pelayar web & alatan pembangun, semua dalam satu —dan percuma

Memaparkan perubahan yang anda buat secara serta-merta

Cipta dan uji, dan lebih pantas menggunakan Live Preview. Perubahan kod yang anda buat dapat dilihat serta-merta.

Adun semula mana-mana projek Thimble

Sukakan projek Thimble yang anda lihat? Adun semula untuk mencipta versi anda sendiri. Anda juga boleh hantar projek anda kepada rakan atau pelajar—apa yang boleh dihasilkan oleh mereka?

Snippet Kod Berguna

Bekerja lebih pantas menggunakan senarai snippet kod HTML, CSS & JavaScript yang anda boleh masukkan ke dalam kod anda.

Konsol JavaScript Terbina-dalam

Bekerja menggunakan JavaScript? Konsol terbina-dalam Thimble menjadikan lebih mudah untuk anda menguji dan menyahpepijat kod anda.

Tambah dan urus fail

Thimble berfungsi seperti projek web sebenar, anda boleh cipta, menamakan semula, menghapuskan dan memuat naik fail anda sendiri.

  • Muat turun a .zip projek anda dan papar dari dalam cakera keras anda
  • Seret & letak fail dari komputer anda ke Thimble

Cerah atau kelam

Thimble disertakan dengan tema gelap dan cerah, jadi pilihlah yang anda suka. Anda juga boleh tukar pilihan lain, seperti saiz teks.

Ikuti & buat lampiran tutorial

Ada projek yang dilampirkan dengan tutorial yang membantu anda (atau pelajar anda) belajar apabila ada perubahan dalam projek.

Dapatkan panduan kod semasa anda menaip

Jangan tersekat cuba mengingatkan pelbagai peraturan dan sintaks. Thimble akan beri anda panduan dalam fail HTML, CSS dan JavaScript.

Edit CSS terus dari dalam halaman HTML anda

Tulis gaya CSS untuk elemen anda tanpa menukar halaman HTML yang anda sedang edit. Letak kursor teks atas mana-mana tag elemen dan tekana Cmd/Ctrl + E untuk memulakan menulis gaya CSS.

Terbitkan projek ke dalam web secara pantas

Anda boleh terbitkan projek anda hanya dengan satu klik. Kemudian, apabila anda membuat perubahan, anda boleh kemaskini projek anda dengan mudah.

Pilih warna dari dalam editor

Letak kursor teks atas mana-mana nilai warna dalam fail CSS dan tekan Cmd + E untuk membuka pemilih warna.

Uji projek anda pada peranti mudah alih

Menukar ke mod previu mudah alih membolehkan anda melihat hasil kerja anda dalam peranti kecil. Kemudian, aktifkan previu skrin-penuh untuk mendapatkan gambar yang besar.

Cari elemen HTML dengan pantas

Aktifkan DOMPemeriksa dan apung atas beberapa elemen berbeza dalam previu. Thimble akan menyerlahkan kod yang berkaitan dalam editor HTML.

Penapis Imej

Tambah keseronokan dalam projek dengan menambah penapis kepada imej anda. Kucing tidak pernah nampak secantik itu sebelum ini!

Ambil Swafoto

Letak syot wajah anda dalam halaman yang sedang diusahakan menggunakan alatan swafoto Thimble—menggunakan kamera komputer anda. Hanya taip tag <img src= dalam halaman HTML dan anda akan lihat penggesa.