Ingin tahu perihal Sumber Terbuka?
Bantu kami membina & mempertingkatkan Thimble!

Failkan isu Cari “Pepijat Yang Pertama” untuk diusahakan

Kenapa perlu menyumbang?

  • Usaha anda memberi kesan kepada pengguna di seluruh dunia
  • Timba pengalaman berharga dan menjadi pembimbing
  • Sokong misi internet terbuka Mozilla untuk semua
  • Rasa cukup memuaskan!

Thimble ialah projek Sumber Terbuka yang dicipta oleh Yayasan Mozilla dengan rakan kongsi CDOT di Seneca College. Sejak awal lagi, penyumbang dari serata dunia telah memainkan peranan penting untuk menjayakannya.
Projek antarabangsa ini telah diterjemahkan ke 33 bahasa (dengan lebih 100 lagi dalam proses) dan digunakan oleh pelajar dari lebih 200 negara.

Tiada istilah bahawa sesuatu sumbangan itu terlalu sedikit

Sumbangan dalam semua bentuk kemahiran dan latar belakang amat dialu-alukan. Anda tidak perlu menjadi pakar pengatur cara, hakikatnya, lebih separuh penyumbang memaklumkan bahawa diri mereka ialah pelajar. Anda boleh mulakan dengan sedikit sumbangan, failkan isu ke…

  • Lapor pepijat, masalah atau tipo
  • Meminta perubahan, ciri baru atau projek permulaan
  • Beri maklum balas

Ayuh, Failkan Isu!

Jika anda suka cabaran, semak repositori GitHub kami di bawah.